Jumaat, 10 Jun 2016

Jadilah Pohon Kayu yang Berguna

Kayu asal dari sebuah pokok,
Bila ianya diasak Menjadi Api,
Selepas Api.....Menjadi Asap,
Selepas Asap.....Menjadi Kabus,
Selepas Kabus ianya akan lenyap dari pandangan...

Kayu asal dari sebuah pokok , Manusia asal dari satu Hakekat
Bila ianya diasak menjadi Api, bila diasah pelbagai ilmu Terang bersuluh Menjulang Tinggi
Untuk digunakan untuk kebaikan Manusia lain menjadi Zahir mulia atau Batin siksa
Jalan engkau yang pilih..
Memilih api membara yang memusnahkan atau api yang bermanfaat kepada manusia,
Selepas Api Menjadi asap, selepas belajar  ianya sebati
Selepas asap ianya menjadi kabus, selepas sebati ianya kan menjadi tebal
Selepas Kabus ianya akan lenyap dari pandangan..
dirinya sudah tidak mempunyai kewujudan yang boleh dilihat.......

Umpama Kayu mempunyai turutan kegunaan yang baik
Maka menjadi Manfaat menerangi Alam
Bermula pohon, hingga ditebas, dibawa hulu hilir, semua berguna walau sedalam-dalam.....

Umpama Manusia mula Mengenal..
Belajar Membaca belajar Meramal..
Belajar Mengira tiada tersesat..
Semua digunapakai hingga kedewasaan
Menuju jalan pemindahan jalan zaman kezaman...